setiap kolam akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan `bermain-main’ selain binaan batu-bata disusun empat segi membentuk petak yang digelar `mahligai’ sebagai tempat mengumpul telur dan pembiakan.
kain guni hitam jarang sebagai bumbung di kawasan pokok kiambang diletakkan untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.
“Ketika mengikuti kursus ternakan lintah sebelum ini, perkara ini tidak pernah disebut tetapi saya mengambil inisiatif sendiri membuat tempat berteduh ini selepas mendapati lintah selesa bermain-main ketika cuaca redup iaitu pada awal pagi dan petang.
walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan `induk’ atau `ibu’ lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan.
Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.
Tags:
Share
You need to be a member of LINTAH SULONG - perusahaan lintah batu pahat to add comments!
Join this Ning Network